Wednesday, November 18, 2009

layout

tiba-tiba rasa bosan dah dengan layout blog ni. ada keinginan nak tukar tapi sungguh malas nak design. adakah minat terhadap design-mendesign sudah lupus dari diri ini? huuu. patut letak big questionmark here.. ???

ok... maybe aku boleh cari template je kot kan kawan-kawan. tak perlu menyusahkan diri. then, kalau rajin sikit ubah la yang mana-mana tak berkenan tu. BUT, hope tak perlu ubah apa-apa. hahahaha.. rasa macam persoalan di atas sudah terjawab kan? waaa sedih la begini.... T___________________T

Sunday, November 15, 2009

the updates

waa lamanya tidak berbelog. akhirnya aku mendapat kerajinan untuk mengupdate blog.. fuh fuh (tiup habuk) dan kemudian hacumm... gambaran bahawa blog ni terlalu berhabuk. kesiann.. huhuhu. oleh sebab itu, aku berazam mahu lebih kerap update.. ngeee. berazam tak semestinya melaksana kan kawan-kawan? ekekeke.. ok entry permulaan setelah sekian lama menyepi, pasal update diri sendiri.. hahaha. biarla cerita- cerita lapuk tapi still nak update kt sini :)

  1. Raya.
    Raya tahun ini sepatutnya masuk dalam rancangan "hari ini dalam sejarah" di RTM since tahun ni buat pertama kali aku tak balik beraya kat kampung. kena standby time raya.. sobsobsob.. eh lupa. dh lama berlalu so dah tak sedih. nak upload gambar tapi takde gambar yang menutup aurat since aku melepak kat rumah je sepanjang hari raya sambil berkaroake lagu-lagu dangdut.. nak karok lagu raya takde cd pulak. dangdut pun jadi lah..

  2. Convo.
    Ya aku telah berjaya mendapatkan segulung ijazah. eh maaf, bukan segulung sebab sijil ijazah aku tidak digulung tapi sebaliknya diletakkan didalam file utem yang sungguh bergaya.


  3. Angel.
    Aku dah ada buah hati ketiga yang aku namakan sebagai "Angel".. ceh ceh.. nama kena la nak bunyi-bunyi orang putih.. hahaha. nama angel diambil setelah aku bukak kesemua kitab tajul muluk yang aku ada.. hahaha. ok just kidding! :)



sekian saja untuk entry ini. semoga berjumpa kembali dalam entry akan datang yang akan dipublish dalam masa terdekat. tapi ingat wahai peminat-peminat sekalian, jangan tunggu entry tersebut nanti korang frust lak.. hahaha. bajet bajet... maafkan saya ye! >.<

bai!

Friday, September 18, 2009

baca jika anda bosan

aku sangat bosan sekarang.
sekian terima kasih.


anda menyesal kerana klik link ini? hahaha. padan muka.

p/s: inilah terjadi bila seseorang dipaksa bekerja tanpa kerelaan hatinya. dh hilang semua passion tahu!

Wednesday, September 2, 2009

am i hot?

wahh lamanya tak update belog!! tak sangka aku sudah menjadi pekerja yang sangat berdedikasi. yela, b4 ni aku selalu curi-curi update belog during office hour. tapi sekarang aku nak meninjau facebook pun tak sempat. too busy to play.. apa? kau tak percaya? jangan kau terkejut kalau kau pergi ofis aku tengok tangan aku tiba-tiba ada enam macam semut tu. itu bukan tandanya aku berubah jadi alien. itu menunjukkan aku serajin semut sekarang. iye RAJIN. bukan setakat rajin, RAMPING macam semut pun iye jugak rasanya.. wahahaha..

actually, aku ada banyak cerita sepanjang kesenyapan aku tu. tapi tak apa lah. aku malas nak menaip sekarang ni. ni pun aku gagahkan diri untuk update atas permintaan ramai. ceh ceh kena la perasan sambutan hangat.. hahaha. tak gitu ke syada, noddy, alia, mimi, erra fazira, siti nurhaliza? aci tak reka-reka nama supaya kelihatan hot? hahaha. tapi berita wajib aku hebahkan ke seantero dunia, aku tak dapat balik raya..wuwuwu. sampai hati boss membiarkan aku beraya sorang diri di sini. tapi tak apa. aku redha. kan aku cakap aku ni pekerja berdedikasi. kalau gaji aku tak naik 200% tahun depan siap la kau.. eh siapa kau tuh? hahaha. boss jangan kau baca belogku!! tapi kalau baca elok jugak. saya nak naik gaji banyak-banyak. im serious ok?

btw, siapa yang rasa-rasa kreatif tu tolong bagi idea macam mana nak introduce diri in a creative way? jangkamasanya adalah 30-50 secs je pun. aku ada special test ahad ni. tak harap pun dapat full marks. tapi alang-alang dah attend tu nak la buat yang terbaik kan? in fact, im just seeking for experience. bukan senang peluang macam ni nak datang. hehehe. aku dah fikir 3, 4 hari tapi still tak dapat idea. duhh~~ harap je student interactive media. fikir idea pun tak lepas.. alah tak kira la student interactive media ke apa, tapi kalau kerjayanya peluk cium server, idea pun habis lari sebab asyik busuk. eh silap. sebab asyik tensi..huhu

bye!

Thursday, July 2, 2009

award from N



Copy the above reward and paste it on your blog.
Name 5 interesting facts about the presenter of this award.
Every blogger has to name 10 facts/hobbies about themselves.
You have to choose 10 award recipients and give a small desription about them.

5 interesting facts about Noddy:
  1. rakan berkoya yg sangat hebat. sesiapa yg inginkan seorang rakan berkoya, dijemput mengenali beliau.
  2. perkataan kegemarannya ialah "koddekkkk" dan "hottttt". setiap hari mesti ade sebut.
  3. mempunyai ramai peminat misteri di fesbuk.
  4. beliau juga mempunyai stalker.. oh mesti anda tertanya-tanya begitu hottkah beliau? sile cek sendiri.. ekekekeke
  5. telah cop anugerah "si chantek" utk hari convo.

10 facts about farahMcKay, the legend.. hahaha
  1. perempuan normal, bukannya nyah.
  2. seorang yg matawang USD peringkat sederhana.
  3. merasekan dirinya adelah gojes walaupun perut sedikit buncit.. sedikit saje oke?
  4. sangat bermulut manis akibat suka makan gula-gula.
  5. pandai memberi nasihat kt org ala-ala dr fadilah kamsah. tapi bile sendiri ade masalah kelam kabut tak reti selesaikan.
  6. tak minat dengar lagu or radio. hanya dengar radio bila dalam kereta. eh radio? ape tu??
  7. sedang bergembira dengan prestasi nuffnang ads yang agak cemerlang buat minggu ini :)
  8. berharap beliau adalah seorang yang tabah dan kuat menempuhi cabaran kerja yg sangat mencabar.
  9. gemar melihat gambar-gambar perempuan chantek, gojes, pretty, sempurna dan seumpama dengannya dan akan berinspirasi mahu memiliki bentuk badan dan kulit halus mulus seperti mereka. maka akan semangat menjaga badan buat seketika.
  10. tidak pandai memasak namun pandai makan dengan banyak.

10 award receipients:
  1. shasha, si mata segaris
  2. soph, wanita sophisticated
  3. along, gadis yang kantoi dengan bosnya
  4. syada, pekerja berdedikasi
  5. che pa, penduduk penang yg bukan anak mami
  6. sarah jijah, cinta hatiku
  7. che ku, pengacara terjah yang teragung
  8. ain, penggila artis korea tahap gila
  9. farah sherr, penari hebat
  10. nad nisa yang sedang dilamun cinta

Tuesday, June 2, 2009

weekend yang macam-macam

YIHAA!! aku bakal balik kampung hari khamis nih.. lame gile xbalik kampung.. rasenya ade dekat 5 bulan kot. tapi balik kali ni sekejap sgt. 4 hari je.. tu la namenya pengorbanan bile berkerjaye.. ececeh.. hahaha. ekceli boss aku xapprove pun lagi cuti aku ni. malas lah nak layan psl pending AL tu. aku dh mintak 2 minggu lepas tapi boss xapprove lagi. aku rase dia over busy so xde mase nak approve cuti aku --> terang-terang ini ayat nak sedapkan hati.. hahaha. oleh hal yg demikian, tanpe menunggu cuti approve, aku bli je tiket balik.. selain dari jumpe my mum and ayam itik serta kucing jiran kt kampung, sempena kepulangan aku kali ni aku ade misi tersembunyi jugak.. disebabkan misi itu adelah tersembunyi make aku xleh nak crite. kang nnt dh xjadi tersembunyi.. hahaha. mesti sakit ati je kan sape yang berkobar-kobar nak tahu pasal misi tersembunyi aku tu [bajet ade org nak tau la..ntah ape-ape] hohoho. alah misi kecik-kecik je. xperlu pasang background music mission impossible pun mase laksanakan misi tu..

tu acara berjalan untuk balik kampung. the next weekend aku kena pegi jb pulak. akak rumah sewa aku kawin. kang kalau xpergi takut dia merajuk then xmo kawin pulak.. peh perasan orang penting gile.. spjg kt jb tu aku akan stay rumah ika, housemet aku mase kt u dulu. mule-mule aku igt nak sewa hotel je sbb konon-konon segan la nak dok rumah ika yg ade 17 org penghuni tu. tapi ika kate jgn perasan kaye nak sewa-sewa hotel.. aduh! rase macam gusi tertusuk garpu dgn kate-kate tu.. hahaha. ika kate rumah dia macam rumah p.ramlee sbb tu boleh muat sampai 17 org. aku pun xtahu rumah p.ramlee macam mane. yg penting rumah dia menjadi kegemaran india bogel.. hahaha. kalau india tu dtg mase aku ade siap la. aku sumbat cili api dalam lubang hidung dia sampai berdarah-darah dan terus mati di tempat kejadian. bajet berani la konon. pdhl tgk lipas pun terlompat-lompat. apetah lagi mahu berlawan dgn india bogel.. hahaha.

weekend yg seterusnya tu aku merancang utk berdating seketika dgn bf tercinta.. bf aku pergi umrah sekarang. 2 minggu lagi dia balik. kang kalau dia balik dgn jambang macam osama laden, mati sakit jantung lah aku.. hahaha. tapi still rela for that case instead of tibe-tibe dia balik dan mempunyai bulu dada yang mampu-membuatkan-kutu-sesat.. apekah?? ah aku sungguh anti hal itu!!

dan the next-next-next weekend tu aku berdoa semoga noddy n ika akan dapat dtg ke kl utk hang out bersame teman-teman lame yang kencang beremail pada waktu ofis sampai ade yg tersilap hantar emel tentang bikini kt boss dia.. kahkahkah!!! kawan-kawan aku memang mampu buat aku awet muda. so jgn tanye kenape kulit aku masih tegang walaupun berumur 23 tahun..hahaha

bai!

Thursday, May 14, 2009

perihal kereta

hari ni aku kedemaman. risau jugak kalau terkena jangkitan swine flu. xlarat eh nak menyamak ateri darah aku.. ahahaha.. tapi kalau terkena jangkitan tu mesti glamer siot. orang pertame terkena jangkitan virus H1N1 di malaysia.. wahahaha.. xrela aku glamer macam tu. ;p disebabkan tidak larat utk membuat keja maka aku just tenung2 je skrin laptop. ahhh sungguh xlarat rasenya!! sekarang kan kecoh pasal pemanasan global. tapi dlm ofis aku sejuk macam kutub utara, kutub selatan. panas sejuk, panas sejuk buat aku demam.. :(

ok itu sekadar intro meluahkan perasaan..
sekarang ni ramai kawan2 bli keta. maklomla masing-masing dh keja. ayu, fahmi, dayang, along, shasha n ramai lagi la yang berplan-plan nak bli keta. aku?? xmo la bli lagi. aku nak enjoy2 dulu ngn duit sekangkang kera tu.. ahahaha. kang dh bli keta nanti xpasal je aku jadi kurus. aku xsuka kurus. aku suka gemuk..[dan-dan je tuka statement] hahahahaha.

kalau cakap pasal bli2 keta ni aku ade impian tersendiri la.. cewah impian tuh..
mula2 aku nak no plat aku WWW 444. kuat gila berangan.. hahaha. harap2 no tu xde menjadi rebutan so xde la mahal sgt aku nak amik no plat tu.. lagipun orang cine xsuke no 4. nnt mati dorang kate. bagus la dorg xsuke. kurang pesaing aku.. hehehe. nanti bile korang tengok plat keta WWW 444, keta aku la tu.. fuhh sungguh bergaya.. so, sekarang ni kalau orang tanye bile aku nak bli keta, jawapan aku adelah "tunggu plat WWW". kukuh kan alasan aku tu? hohoho..ok, beralih kepade angan-angan aku yang kedua. berikut adelah kereta idaman aku..



hahaha.. maafla. aku mmg suke berangan tahap gila punye.. aku paling suka keta honda civic type R.. kalau aku kaye mmg aku akan bli sbijik. tapi malangnye aku xkaya. so, sape-sape yang rase dirinya kaya tolong bagi hadiah kt aku keta tu ok? balasannya, aku bagi mms senyuman manis aku kt ko stiap hari.. wahahaha.. tapi kalau ko xmampu nak blikan aku keta 200k, ok la.. just blikan nisan latio sport yang begitu menggiurkan itu!! itu cume 90k++ je.. ;p PLEASE PLEASE PLEASE!!! kalau ko bagi ko memang CANTIK-BERGAYA-JELITA-KACAK-HENSEM.. aku xpernah menipu tau..

sian aku.. nape la aku suka keta mahal2? 90k adelah mahal bagi aku yg tidak berduit ini ok?? T_T duit dlm simpanan utk membeli kereta pun baru ade RM0.00.. hahaha.. nampak gayenya xdapat la aku bli keta mahu-bagai-nak-mati aku tu bile plat WWW menjelma. T_T

p/s: abang ipar aku berbisnes jual keta 2nd hand.. nak keta ape cakap je, semuanye ade :) so sape-sape yang mahu bli keta boleh la bgtau aku. harga boleh nego. ala harga kawan-kawan aku bagi kt ko.. ehehehe ;p